Monday, April 11, 2016

Baju Aaisyah Dihentam Ramai, Ini Komen PEDAS Che Ta Buat Netizen!

Beberapa hari lalu sekali lagi kecoh apabila nama Che Ta menjadi bualan dalam kalangan netizen. Ini berikutan sekeping gambar yang dimuat naik oleh Che Ta memakaikan anaknya baju gambar anjing. Sekaligus mencetuskan PANAS! Peminat Bertelagah, Che Ta Pakaikan Aaisyah Dhia Rana Baju Gambar Anjing.

Perkara itu mengundang perhatain Che Ta yang tampil memnjelaskan berhubung hal tersebut.


Menurut pelakon dan pengacara Che Ta atau nama sebenar Rozita Che Wan, hal tersebut tidak perlu diperbesarkan oelh netizen sebagaimana yang tersebar dalam laman sosial.

Menurut Che Ta, dia tidak sedar gambar pada baju itu dan membelinya kerana cantik dan menggunakan fabrik yang selesa.
"Saya tak perasan gambar itu berupa anjing. Ini kerana setiap kali membeli belah, saya akan membeli pakaian dalam jumlah banyak. Jadi, tak sempat hendak membelek setiap satu.
"Budak kecil memakai kemeja-T seperti itu tidak bermaksud apa-apapun. Saya hanya menganggap gambar anjing itu seperti kartun pada baju berkenaan. Come on... Get a life, take it easy! Ia hanya sehelai kemeja-T," katanya.

Tambah Che Ta lagi, dia tidak kisah dengan kritikan yang dilemparkan malah tidak mempunyai masa untuk membaca setiap komen dalam akaun Instagram miliknya.

"Saya tak ada masa nak baca komen-komen itu. Macam dah tak ada kerja hendak membelek komen pada laman Instagram setiap masa... Biarkan mereka," katanya.

Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia? Hmm... Buat Che Ta, bersabarlah! 

Baju Aaisyah Dihentam Ramai, Ini Komen PEDAS Che Ta Buat Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.