Wednesday, April 13, 2016

Bagi Pengamal Air Detoks Lemon, Inilah Akibatnya Jika Minuman Diambil Secara Berlebihan!

Air Detoks Lemon tidak asing lagi bagi penggemar diet yang menjadikan minuman itu utnuk membuang toksin yang juga salah satu cara menurunkan berat badan.


Namun tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.


Jika anda sudah merasai tiga kesan ini, dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan air ini.

1. Hakisan gigi

Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.

Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.

2. Pedih ulu hati

Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini.

Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.

3. Kerap buang air dan dehidrasi

Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Ini bermakna anda boleh mengalami dehidrasi jika mengambil air detoks secara berlebihan. Jadi jika anda mengalami tanda-tanda seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk, segera kurangkan pengambilan air lemon.

Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. Jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang.

Bagi Pengamal Air Detoks Lemon, Inilah Akibatnya Jika Minuman Diambil Secara Berlebihan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.