Wednesday, April 27, 2016

Antara Langkah Yang Bakal Diambil Jika Kemarau Berterusan Melanda Negeri Kelantan!

Kota Bharu: Bekalan air di Kelantan hanya mampu bertahan sehingga akhir Mei ini sekiranya masih tiada hujan berlaku berikutan fenomena El nino sejak Mac lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Datuk Hanifa Ahmad, sekiranya perkara itu berterusan, negeri ini akan berdepan masalah air pada Jun depan.



Katanya, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai masalah bekalan air.
"Setakat ini bekalan air masih mencukupi kerana kita ada telaga jejari dan telaga tiub untuk menyalurkan bekalan air bawah tanah.
"Bagaimanapun, sekiranya tiada hujan, kita akan hadapi masalah pada Jun depan dan kita terpaksa mencatu air," katanya selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini.
Menurutnya, sebagai persediaan awal pihaknya akan menggunakan khidmat syarikat swasta untuk menjalankan proses pembenihan awan dalam masa terdekat.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




Antara Langkah Yang Bakal Diambil Jika Kemarau Berterusan Melanda Negeri Kelantan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.