Tuesday, April 5, 2016

Anggota Polis Bertindak Mengasari Isteri Jadi Viral Terima Habuan Lumayan!

SEGAMAT: Seorang anggota polis yang bertugas di Felda Redong, Tenang di sini ditahan selepas video dia mengasari isterinya viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Konstabel yang berusia 30 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Pondok Polis Felda Redong kira-kira jam 4 petang Ahad lalu mengikut Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.


Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, pihaknya menjalankan siasatan dan mendapat perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
"Selain anggota polis itu, kami sudah merakam keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Setakat ini, punca mengapa anggota polis itu bertindak sedemikian masih belum diketahui.

Anggota Polis Bertindak Mengasari Isteri Jadi Viral Terima Habuan Lumayan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.