Monday, April 18, 2016

Amy Search BENGANG, Barangan Merchandise Dicetak Dan Dijual Secara Haram!

Vokalis kumpulan rock legenda, iaitu Amy Search, meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang mencetak dan menjual merchandise Konsert Search 35 tahun secara haram.

Perbuatan tersebut bukan sahaja disifatkan sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab tetapi juga menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap golongan peminat


Lebih menyedihkan apabila ada yang tidak segan silu menjualnya di tempat terbuka, seperti yang berlaku di tempat letak kereta Stadium Malawati, Sabtu lalu.


Beberapa gambar merchandise, malah gambar si penjual juga turut dimuat naik Amy ke akaun Instagram miliknya.


Amy dalam pada itu memaklumkan, hal tersebut diketahui daripada peminat yang memberikan informasi tentang penjualan secara haram itu.
"Penjual itu sudah pernah ditegur sebelum ini, namun masih melakukan perkara yang sama," kata Amy.
Menjual barangan tersebut tanpa kebenaran samalah seperti mencuri, dan ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah satu dosa besar dalam agama.
"Anda memperolehi wang daripada nama dan hasil titik peluh orang lain. Cuba bayangkan anda di tempat kami, apa perasaan anda?" tambah Amy.

Beliau juga memaklumkan, Search tidak mempunyai masalah jika ada yang berminat mahu menggunakan nama mereka dalam perniagaan, namun ia perlu dibuat dengan cara yang betul.
"Datang jumpa kami dan kita boleh berbincang. Jika direction dan perancangan anda bagus serta teratur, kami tidak ada masalah.
"Pokoknya mesti guna saluran yang betul," jelasnya.
Buat masa ini, kata Amy, pihaknya belum membuat sebarang keputusan tentang tindakan yang akan diambil terhadap penjual tersebut.

Amy Search BENGANG, Barangan Merchandise Dicetak Dan Dijual Secara Haram! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.