Saturday, April 9, 2016

Akhirnya... Ustaz Pukul Pelajar Hingga Patah Tulang Tangan Terima Padah!!

Alor Setar: Guru agama sambilan digantung tugas serta merta berhubung kecederaan tiga pelajar perempuan di asrama sekolah menengah di Baling, di sini.

Difahamkan, lelaki 48 tahun itu didakwa membaling kerusi plastik ketika kelas mengaji al-Quran dalam kejadian kira-kira 8 malam, 4 April lalu.



Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan berkata, siasatan yang dilakukan mendapati pelajar Tingkatan Satu berkenaan diarahkan mengambil al-Quran dan hadir ke kelas mengaji.

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pelajar itu dikatakan tidak serius dan main-main menyebabkan guru agama berkenaan membaling kerusi ke arah mereka.
"Akibatnya, satu daripada tiga pelajar retak tangan kanan berhampiran jari manis dan jari kelingking manakala dua lagi hanya cedera.
“Ketiga-tiga pelajar terbabit kemudian diberi rawatan kecemasan oleh warden bertugas sebelum dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut pada keesokkan harinya," katanya pada sidang media di Jabatan Pendidikan Negeri, di sini, hari ini.
Menurutnya, JPN sudah melakukan siasatan dan guru agama itu turut membuat permohonan maaf terbuka kepada semua waris ketiga-tiga pelajar terbabit.

Katanya, semua waris turut menerima permohonan maaf itu dan menyerahkan kes terbabit kepada polis.
"Sehingga ini, siasatan JPN sudah selesai dengan penggantungan tugas guru agama sambilan itu berkuat kuasa serta merta dan menyerahkan kepada polis,” katanya.
Sumber Harian Metro

Akhirnya... Ustaz Pukul Pelajar Hingga Patah Tulang Tangan Terima Padah!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.