Monday, March 28, 2016

Wang Hantaran Tak Cukup Cetus Pergaduhan Besar!

Impian seorang pengawal untuk melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati musnah apabila dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijah, Pantai Dalam semalam. Sekaligus menjadi viral di laman sosial. 


Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa dikatakan ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan akad nikah gara-gara gagal menyediakan wang hantaran yang secukupnya berjumlah RM15,000

Wang Hantaran Tak Cukup Cetus Pergaduhan Besar!

Menurut sumber, semasa merisik pengantin lelaki telah meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun ditolak oelh pihak perempuan yang mahukan dibayar sebanyak RM15,000.
“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak perempuan meminta sejumlah RM15,000.
Akur dengan permintaan itu, akhirnya pengantin lelaki bersetuju namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran.
“Pengantin lelaki yang bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.
Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

Ekoran itu berlaku kekecohan apabila lelaki itu ditumbuk oleh salah seorang ahli pengantin perempuan sebelum dia meninggalkan majlis itu.
“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluarganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.
Wang Hantaran Tak Cukup Cetus Pergaduhan Besar!
Pengantin perempuan menarik tudung seorang wanita dipercayai ahli keluarga pengantin lelaki dalam pergaduhan di Masjid.
Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Wang Hantaran Tak Cukup Cetus Pergaduhan Besar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.