Wednesday, March 23, 2016

(VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini!

Masih ingatkah pada Siti Nuraisyah Sahrin, 13 atau lebih dikenali sebagai Ecah yang putus kedua-dua belah kaki akibat digilis lori dalam kejadian tragis 18 Januari lalu?


Selepas mendapatkan rawatan secukupnya, Ecah kini kembali semula menyambung pelajarannya di sekolah semalam.

(VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini!

Sementara itu, ketibaan Ecah disambut oleh rakan-rakan sekelas dan gurunya di tapak perhimpunan membuatkan dia berasa gembira dan terharu.

(VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini!

Ecah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dengan ditemani oleh ibunya Mimunah Md Razali, 48 dan bapa tiri Roslan Sardi, 40 setelah hampir dua bulan dirawat di Hospital Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
(VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini!

Demi memudahkan pergerakan Ecah, seorang pembantu dan pemandu telah diupah oleh bapa tirinya untuk membantu dan menghantar Ecah serta mengambilnya dari sekolah setiap hari.

(VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini!

Ini kerana Ecah dikatakan belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan keadaan fizikalnya sekarang.

Menurut bapa tiri Ecah lagi, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan peguam mereka berkaitan bayaran kepada kedua-dua pembantu anaknya itu.

Ekoran daripada kejadian pahit yang menimpa Ecah, kedua orang tuanya tidak lagi membenarkan anak-anak mereka menaiki motosikal ke sekolah.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




(VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.