Saturday, March 12, 2016

Tragedi Berdarah Nahas 2 Kereta: 4 Sekeluarga Maut, 3 Parah

ROMPIN: Empat sekeluarga maut, manakala tiga yang lain parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 106 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini malam tadi. 

Mereka yang terbunuh dalam kemalangan jam 8.50 malam membabitkan sebuah Proton Exora dan Honda Civic itu ialah pemandu Exora, Mohd Zaki Mamat, 47; isterinya, Jamilah Hussen, 46, serta dua anak mereka, Muhammad Zamil Izuddin, 17, dan Muhammad Zamil Syazwan, 14. 


Tragedi Berdarah Nahas 2 Kereta: 4 Sekeluarga Maut, 3 Parah

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata dua lagi anak pasangan berkenaan, Siti Nurjeha, 18, dan Siti Nur Nabilah, 10, parah bersama pemandu Honda Civic, Zulkifli Abdullah, 47. 

Katanya, Proton Exora dalam perjalanan dari Merlimau, Melaka dan dikatakan menuju Kelantan apabila tayar hadapan kirinya dipercayai pecah. Ia menyebabkan kereta itu gagal dikawal lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung Honda Civic. 
"Empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 
Tragedi Berdarah Nahas 2 Kereta: 4 Sekeluarga Maut, 3 Parah

Semua mangsa, termasuk yang parah dihantar ke Hospital Muadzam Shah, di sini. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tragedi Berdarah Nahas 2 Kereta: 4 Sekeluarga Maut, 3 Parah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.