Wednesday, March 30, 2016

Tasha Shilla Belajar Dari Pengalaman, Lebih Berwaspada Dengan Lelaki!

Sedia maklum kisah percintaan Tasha Shilla dan Hans Wong bukan asing lagi suatu ketika dahulu namun kisah percintaan yang terjalin tidak bertahan lama kerana kecundang di tengah jalan sebelum sempat kedua-duanya bergelar suami-isteri.


Mengulas lanjut mengenai perancangan di masa akan datang, Tasha Shila memaklumkan dirinya akan terus berkecimpung dalam arena seni sekalipun sudah mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

Tasha Shilla Belajar Dari Pengalaman, Lebih Berwaspada Dengan Lelaki!

Cuma, impian untuk melihatnya menaiki pelamin dalam masa terdekat takkan kesampaian kerana sehingga kini dirinya belum mempunyai calon suami.

Menurut Tasha Shilla, sebelum ini dia sudah menghadiri kursus nikah dan telah bersedia berkahwin namun terpaksa akur kerana hatinya masih belum diisi oleh mana-mana lelaki.
"Sebelum ini juga memang saya pernah menghadiri kursus kahwin, tetapi tanpa pasangan. Dalam hati, memang saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, cuma apakan daya saya belum ada calon.
Tasha Shilla Belajar Dari Pengalaman, Lebih Berwaspada Dengan Lelaki!

Tambah Tasha lagi apa yang berlaku pada masa lalu dijadikan sebagai pengajaran buat dirinya agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana lelaki.
"Dulu memang saya akui mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki. Namun kini, pengalaman banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Jadi, buat masa ini biarlah saya fokus terhadap kerjaya seni.
"Tahun ini juga umpama 'comeback' bagi saya selepas pelbagai kontroversi melanda diri sepanjang tahun lalu," katanya.
Tasha Shilla Belajar Dari Pengalaman, Lebih Berwaspada Dengan Lelaki!

Bak kata pepatah pengalaman mendewasakan diri. Semoga Tasha Shilla temui pengganti yang sesuai dengan dirinya suatu hari nanti !

Tasha Shilla Belajar Dari Pengalaman, Lebih Berwaspada Dengan Lelaki! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.