Sunday, March 27, 2016

TAKZIAH! Yatt Hamzah Kemalangan Jalan Raya

Petang sabtu semalam, pelakon Yatt Hamzah telah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak dan keadaan kereta jenis Kia Optima K5 yang dipandu beliau dilaporkan rosak teruk.


TAKZIAH! Yatt Hamzah Kemalangan Jalan Raya

Menurut Yatt atay nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 petang ketika dia bersama adik iparnya serta pembantu peribadi yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim. 
"Saya bersama adik ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim. 
"Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak apabila secara tiba-tiba tayar kereta saya pecah dan saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali dan kemudian melanggar pembahagi jalan," ujarnya.
TAKZIAH! Yatt Hamzah Kemalangan Jalan Raya

Meskipun masih dalam keadaan trauma, namun Yatt bersyukur kerana ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Alhamdulillah saya dan yang lain selamat. Namun saya masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu," ujarnya.
TAKZIAH! Yatt Hamzah Kemalangan Jalan Raya

Sementara itu, Yatt berkata, dia sudah melaporkan mengenai kemalangan tersebut di Balai Polis Karak. 

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



TAKZIAH! Yatt Hamzah Kemalangan Jalan Raya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.