Monday, March 28, 2016

TAKZIAH! Tuanku Ismail Petra Dimasukkan Ke Hospital

KOTA BHARU 27 Mac – Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dimasukkan ke Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini malam tadi atas sebab yang masih tidak ketahui.

Sultan Ismail yang pernah diserang angin ahmar pada tahun 2010 dikatakan telah dibawa ke hospital itu kira-kira pukul 9 malam semalam.

TAKZIAH! Tuanku Ismail Petra Dimasukkan Ke Hospital

Menurut sumber, baginda ditemani isteri, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan kerabat diraja yang lain.
“Sebelum ini, Tuanku Ismail mempunyai masalah berkaitan jantung. Namun, sebab utama baginda dirawat di hospital tersebut masih belum dikenal pasti.
“Baginda sebelum ini sering kali menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian berikutan lokasi hospital itu terletak berhampiran dengan istana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Artikel menarik:- Dikritik Gagal Patuhi Peraturan Perlawanan Bola Sepak PQPTRW, Dato Seri Vida Tampil Mohon Maaf!

Keadaan Sultan Ismail merosot selepas mengalami masalah jantung dan diserang angin ahmar pada tahun 2010. Baginda turut menerima rawatan di Hospital Mt. Elizabeth, Singapura sebelum ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan perkemba­ngan tersebut perlu dirujuk kepada Setiausaha Kerajaaan Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Faudzi Che Mamat.

Bagaimanapun Ahmad Faudzi yang dihubungi selepas itu berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang komen kerana sedang bercuti ketika ini.
“Saya tidak bertugas kerana sedang bercuti dan tidak dapat mengesahkan atau menafikan tentang perkara ini. Mungkin baginda hanya menjalani rawatan biasa di sana,” katanya.
Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada Istana Kelantan gagal.

Sumber Utusan Online

TAKZIAH! Tuanku Ismail Petra Dimasukkan Ke Hospital Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.