Wednesday, March 30, 2016

Tak Sampai Satu Jam Nikah Tapi Wanita Ini Diceraikan Talak Tiga.... Punca Sebenar Terbongkar!!!

Selepas kecoh isu membabitkan pasangan pengantin tidak jadi melangsungkan pernikahan ekoran Wang Hantaran Tak Cukup Cetus Pergaduhan Besar! Sabtu lalu, kini menjadi viral pula kisah mengenai seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya selepas setengah jam melangsungkan pernikahan.

Status ini telah dikongsikan oleh salah seorang jurugambar menerusi laman Facebooknya Boii Amani Hashim yang menceritakan insiden didakwa berlaku selepas pihak keluarga pengantin perempuan 'naik angin' kerana wang hantaran yang sepatutnya berjumlah RM22,222.22 tidak dipenuhi oleh pihak pengantin lelaki.

Artikel menarik:- Miskin Tapi Buat Majlis Kahwin Besar-Besaran... Gadis Ini Kongsi Satu Sebab Mengapa Inginkan Majlis Kahwin Yang Mewah!

Tak Sampai Satu Jam Nikah Tapi Wanita Ini Diceraikan Talak Tiga.... Punca Sebenar Terbongkar!!!

Kekecohan mula tercetus sejurus pengantin lelaki selesai akad nikah.

Lame gak aku jd photographer wedding. Macam2 aku dah tempuh. Ni aku nak share skit citer yg pernah terjadi depan aku dulu.

Mas hantaran kawen mak ayah pompuan ni letak rm22,222.22. Mmg mahal gile...tapi si laki ni setuju. Aku tgk pon laki ni bukan calang2 org gak.

So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak saba mengawan. Ye la, musim ujan mase tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamber dgn senapas je si laki lafaskan akad.

Hantaran pon bertukar tangan begitu gak ngan mas kawen. Time laki tu nak baca lafas takliq, tetibe sedara dr pihak pompuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"

Trus bangun pengantin pompuan dr tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal ape tak cukup seribu.. iap pihak pompuan perli2 "dah tau tak cukup duit tapi gatal sgt nak kawen tu kenape"

Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. 

Dia amik mic pastu dia ckp.

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni. Saje sy tak cukupkan seribu sbb nak tgk korang camne. Ni ade sy bawa wang yg tak cukup tu" sambil buka bag yg berkepok2 duit 50 ngan 100.

"Takpe la...alang2 semua ade kat sini, boleh jadi saksi sy. Sy ceraikan awak dgn talak 3. Assalamualaikum"
Drop mic
Salam2 trus gerak.

Tu la...Dah ade orang nak tu kire nasib baik la bai. Pompuan bersepah sekarang. Tepi2 bustop pon boleh petik. Ko bukak wechat. Brape ramai yg serah diri free? Ko ingat laki2 dalam drama kol 7 tu wujud ke?

Sehingga kini status tersebut dikongsi lebih 4,000 pengguna Facebook yang rata-rata mengkritik tindakan keluarga pengantin perempuan meletakkan nilai hantaran yang terlalu tinggi.

Semoga kisah ini dijadikan iktibar buat pasangan yang bakal berkahwin.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Tak Sampai Satu Jam Nikah Tapi Wanita Ini Diceraikan Talak Tiga.... Punca Sebenar Terbongkar!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.