Monday, March 7, 2016

TAHNIAH! Fareez Dinobat Juara Mentor Milenia

Semalam telah bersiaran secara langsung program akhir realiti Mentor Milenia menyaksikan Fareez selaku protege kepada Hazama muncul juara pada persaingan akhir.

Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan, 18, yang menjadi satu-satunya harapan mentornya, Hazama ke peringkat akhir mendapat tempat pertama dan membawa pulang wang sebanyak RM100,000 berserta trofi. 

TAHNIAH! Fareez Dinobat Juara Mentor Milenia

Manakala, Qody atau pemilik nama lengkap Rossaidi Abdul Rani,21, membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi menjadi kemuncak persaingan sengit selepas enam minggu berentap. Pemuda dari Kedah itu menepis protege Black yang juga rakan seperjuangannya, Wanie di tempat ketiga.


TAHNIAH! Fareez Dinobat Juara Mentor Milenia

Menjadi satu-satunya peserta wanita yang membolosi peringkat akhir, Wanie atau nama penuhnya, Nurul Syazwanie Mohd Basri,21, membawa pulang wang sebanyak RM20,000 berserta trofi.

TAHNIAH! Fareez Dinobat Juara Mentor Milenia

Pemarkahan pada peringkat akhir ditentukan menerusi 50 peratus juri profesional, 20 peratus juri awam manakala undian peminat menerusi laman sesawang mewakili 30 peratus. 

Terdahulu, dua pesaing iaitu protege Akim dan Azlan & The Typewriter terhenti langkah pada persaingan separuh akhir, Ahad lalu. 

Mentor Milenia yang dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menampilkan vokalis Search, Amy Search, komposer Ajai dan Azmeer selaku juri profesional jemputan.

TAHNIAH! Fareez Dinobat Juara Mentor Milenia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.