Tuesday, March 22, 2016

Siti Nordiana Kesal Ada Pihak Cuba Jatuhkan Kerjaya Seni Miliknya

Nama Siti Nordiana tidak asing lagi dalam industrri hiburan malah meniti di bibir peminat selepas menjuarai program realiti  'Gegar Vaganza', musim kedua pada tahun lalu.

Seperti biasa bila dah terkenal ni kalau timbul isu bayaran bukan satu perkara pelik. Terkini Siti Nordiana didakwa tidak boleh bertolak ansur mengenai soal bayaran.


Menurut Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana,33, dakwaan sebegitu datangnya daripada individu yang tidak senang melihat kejayaan yang diraihnya hari ini sekali gus berniat ingin melihat kerjaya seninya jatuh.

Siti Nordiana Kesal Ada Pihak Cuba Jatuhkan Kerjaya Seni Miliknya

Beliau meluahkan rasa kesal atas tuduhan yang dilemparkan itu namun tidak mudah cepat melatah kerana baginya tidak semua orang boleh terima apa yang dilakukan.
"Jujurnya Nana agak terkejut dan kesal apabila ada pihak yang cuba menimbulkan isu sebegini di saat kerjaya seni Nana sedang diterima masyarakat. Apa-apa pun, Nana tidak mahu melatah kerana Nana tahu tidak semua orang akan sukakan kita.
“Nana bukan setahun dua dalam industri seni ini. Sudah 16 tahun. Justeru Nana sangat faham kenapa isu demand ini cuba dihangatkan oleh sesetengan pihak yang mungkin ada rasa tidak puas hati dengan Nana sebelum ini.
"Apa yang boleh Nana katakan, inilah bahagian Nana yang Allah janjikan dan apa yang perlu buat, hanya bersyukur dengannya,” kata Nana.
Siti Nordiana Kesal Ada Pihak Cuba Jatuhkan Kerjaya Seni Miliknya

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Nana memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk memilih sebarang show. Ini kerana dia akan menerima tawaran seandainya mampu untuk melaksanakannya.
"Sekarang kerjaya seni Nana diuruskan oleh pengurus peribadi Nana. Justeru, segala urusan show dan jadual akan melalui dia terlebih dahulu sebelum kami berbincang agar tidak timbul sebarang kesulitan daripada mana-mana pihak pada masa akan datang.
"Satu perkara yang sering Nana tekankan sejak dulu, Nana tidak akan ambil job sekiranya Nana tidak yakin untuk melakukannya. Bukan memilih show, tetapi Nana ada pendirian Nana sendiri agar tidak mengundang kesulitan pada mana-mana pihak.
Siti Nordiana Kesal Ada Pihak Cuba Jatuhkan Kerjaya Seni Miliknya

Bercerita lanjut mengenai sambutan Minggu Setiausaha yang akan dijayakannya pada 27 April ini, kata Nana, ia adalah pengalaman kali pertamanya sejak 16 tahun bergelar artis.
"Kalau dulu Nana sekadar berangan-angan untuk menjayakan Minggu Setiausaha, hari ini rezeki itu datang juga pada Nana.
"Nana tegaskan di sini, tawaran tersebut datang lebih awal daripada yang lain. Nana tidak mahu ada yang salah faham dan melabelkan Nana hanya memilih show eksklusif dan berbayar tinggi sahaja,” katanya.
Siti Nordiana Kesal Ada Pihak Cuba Jatuhkan Kerjaya Seni Miliknya

Sementara itu dalam perkembangan lain pula, Nana melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada peminat apabila namanya kini tercalon sebagai artis paling tinggi mendapat undian peminat di media sosial menerusi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).
"Nana dapat tahu perkara ini setelah membacanya sendiri di portal mStar Online selain peminat-peminat Nana sendiri yang beritahu pada Nana. Tak tahu pula kedudukan itu masih kekal sampai hari ini sebab saingan Nana bukan calang-calang artis. Di sini Nana hanya mampu berterima kasih kepada peminat-peminat yang begitu padu menyokong Nana dari belakang.
"Dalam meraih undi peminat, Nana tiada apa-apa strategi selain cuba menghargai peminat seadanya.
"Bagi Nana ini peluang kedua untuk Nana perbaiki kesilapan lalu di mana sebelum ini selama bergelar artis, Nana akui kurang dekat dengan peminat. Jadi, peluang yang ada ini Nana ambil untuk lebih menghargai mereka sama rata,” katanya.
APO2016 akan berlangsung pada 30 April depan di TV2 bertemakan Glam Digital.

Siti Nordiana Kesal Ada Pihak Cuba Jatuhkan Kerjaya Seni Miliknya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.