Sunday, March 27, 2016

Raja Farah Kongsi Pengalaman Sepanjang Proses Kehamilan

Tidak dapat dinafikan, setiap wanita hamil punya alahan yang berbeza. Ada yang teruk, malah ada yang biasa-biasa sahaja.

Tidak seperti wanita hamil yang mengalami alahan namun lain pula bagi pelakon Raja Farah. Beliau sebaliknya bersyukur tidak mengalami sebarang alahan sepanjang mengandung hampir lima bulan.

Raja Farah Kongsi Pengalaman Sepanjang Proses Kehamilan


Menurut Raja Farah atau naam sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 28, beliau hanya merasai mengalami perubahan dari segi mental dan emosi apabila dikatakan mudah terasa hingga suaminya Iskandar Ismail, 34, cukup berhati-hati setiap kali mereka berbual.
"Sudah hampir lima bulan kandungan ini, syukur saya tidak mempunyai sebarang alahan. Cuma saya mudah penat, selain mengalami perubahan emosi yang ketara. Saya mudah sensitif dan senang menangis. 
"Suami pula risau jika mahu menegur sesuatu perkara kerana saya mudah sensitif. Alhamdulillah, dia bijak mengambil hati supaya saya tidak mudah terguris hati," kata Farah.
Raja Farah Kongsi Pengalaman Sepanjang Proses Kehamilan

Sementara itu berkongsi pengalaman sejak bergelar isteri, Raja Farah bersyukur kerana mempunyai keluarga dan mentua yang begitu prihatin malah sentiasa membuatkan dirinya bahagia.

Raja Farah dalam pada itu akui sejak mendirikan rumah tangga tanggal 6 September lalu, satu demi satu kebahagiaan mendekatinya dan menganggap semua itu rahmat buatnya.
"Saya pernah melalui tempoh kesedihan selepas bercerai pada tahun lalu. Namun, tiga bulan selepas itu, kebahagiaan kembali dirasai. Saya berkahwin dengan Iskandar, seterusnya bersama-sama menunaikan ibadah umrah, saya dikhabarkan dengan berita gembira apabila disahkan hamil sejurus pulang dari Makkah. 
"Semua itu adalah nikmat yang sukar untuk digambarkan. Tidak sangka saya akan hamil secepat ini, memandangkan saya tidak mengandung pada perkahwinan pertama dulu. Berita ini amat mengejutkan sebenarnya. Alhamdulillah, saya percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya," ujarnya.
Raja Farah Kongsi Pengalaman Sepanjang Proses Kehamilan

Dalam perkembangan lain pula, Raja Farah bakal mengendalikan sebuah program Islamik namun hanya akan mendedahkan secara terperinci apabila tiba masa yang sesuai. Selain itu, Raja Farah juga memenuhi jemputan menghadiri forum keagamaan. 
"Saya juga dilantik menjadi duta produk susu kambing, Khalish. Alhamdulillah, ada saja rezeki yang datang. Selain itu, suami pula membuka restoran di pusat beli belah SACC Shah Alam yang akan beroperasi tidak lama lagi," katanya.
Raja Farah Kongsi Pengalaman Sepanjang Proses Kehamilan

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Raja Farah Kongsi Pengalaman Sepanjang Proses Kehamilan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.