Monday, March 21, 2016

Punca Sebenar Model Terkenal Mati Bakar Diri Terbongkar!

Kadang-kadang tidak terfikir dek akal tindakan manusia yang tidak dapat diduga fikirannya dalam melakukan sesuatu tindakan. Seorang model terkenal dilaporkan membakar dirinya kerana tertekan akibat sudah tua hingga menyukarkan dia mendapatkan kerja.


Mayat Irina Livshun, 31, ditemui hampir rentung di apartmennya di bandar Almaty (Kazakhstan), baru-baru ini bersama satu tong gas.

Punca Sebenar Model Terkenal Mati Bakar Diri Terbongkar!

Jurucakap polis, Saltanat Azirbek berkata, keluarga Irina memberitahu polis, wanita itu mengalami kemurungan kerana tidak diambil bekerja selama beberapa bulan malah sudah beberapa kali cuba bertindak membunuh diri.
“Irina dilaporkan pernah cuba membunuh diri beberapa kali sebelum ini,” katanya.
Menurut rakan-rakannya, Irina seorang model popular ketika muda dan diambil bekerja beberapa syarikat fesyen terkenal.
“Irina seorang model yang popular dan menyertai banyak pertunjukan fesyen.
“Bagaimanapun, kini syarikat fesyen enggan mengambil Irina bekerja lagi menyebabkan dia sedih dan tertekan,” katanya.

Punca Sebenar Model Terkenal Mati Bakar Diri Terbongkar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.