Tuesday, March 22, 2016

Peserta Clever Girl Malaysia Dikecam Teruk, Ini Komen Penerbit Buat Pengkritik!

Selepas program Clever Girl Malaysia terpalit dengan kontroversi panas, selaku penerbit Clever Girl Malaysia akhirnya tampil meminta orang ramai supaya berhenti mengecam peserta-peserta program itu.

Tambah penerbit itu lagi, peserta yang dipilih sememangnya mampunyai tahap IQ yang sangat tinggi namun dek kerana gagal mengawal perasaan gemuruh membuatkan peserta gugup menjawab soalan yang diberikan.
“Peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ sangat tinggi, namun dek rasa gemuruh ketika berdepan ujian yang diberi, ia membuatkan sesetengahnya gugup.”
Peserta Clever Girl Malaysia Dikecam Teruk, Ini Komen Penerbit Buat Pengkritik!

Sementara itu, sebagai penerbit, beliau terbuka dalam menerima segala kritikan namun tindakan mengecam peserta secara berlebih-lebihan adalah tidak wajar.
“Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula”
“Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi,” jelasnya kepada BH Online.
Untuk info, Clever Girl Malaysia merupakan sebuah program realiti TV terbaru yang menampilkan 14 gadis terpintar dari setiap negeri di Malaysia yang bertanding bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Peserta Clever Girl Malaysia Dikecam Teruk, Ini Komen Penerbit Buat Pengkritik!

Namun rancangan berbentuk game show yang bermula sejak awal Mac lalu mula mendapat kritikan pedas apabila salah seorang peserta yang dikenali, Wan Zarith Sofia yang mewakili negeri Johor, gagal membezakan Mother Teresa dan Mahatma Gandhi.

Perkara itu berterusan apabila peserta Selangor, Arina Mohd Fairin tidak dapat menjawab soalan mudah berkenaan bilangan warna bendera Malaysia.

Terbaru pihak produksi pula mendapat kritikan hebat apabila rata-rata peserta menjawab soalan; “Berapa banyakkah filem P. Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?” dengan jawapan tiga dan seterusnya disahkan oleh pengacaranya, Alif Satar walaupun jawapan sebenar adalah empat iaitu,Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Peserta Clever Girl Malaysia Dikecam Teruk, Ini Komen Penerbit Buat Pengkritik!

Peserta Clever Girl Malaysia Dikecam Teruk, Ini Komen Penerbit Buat Pengkritik! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.