Tuesday, March 29, 2016

Pesawat EgyptAir Dirampas, Semua Penumpang Dibebaskan Kecuali 4 Warga Asing Dan Kru!

KAHERAH: Menurut agensi berita MENA, sebuah pesawat EgyptAir telah dirampas oleh seorang warga Mesir yang dikenali sebagai Ibrahim Samaha.

Perampas yang melencongkan laluan pesawat ke Cyprus sebelum itu mengancam meletupkan ves peranti letupan yang didakwa berada dalam kapal terbang itu. 

Pesawat Airbus A-320 terbabit dilaporkan membawa 81 penumpang dan terbang antara Iskandariah dan Kaherah. 

Pesawat EgyptAir Dirampas, Semua Penumpang Dibebaskan Kecuali 4 Warga Asing Dan Kru!

Antara 30 hingga 40 penumpang pesawat EgyptAir yang dirampas, dibebaskan di Larnaca, Cyprus, lapor media Cyprus sebentar tadi kecuali empat warga asing dan kru, menurut syarikat penerbangan Mesir itu menerusi Twitter.

Syarikat itu sebelum ini menyatakan lima warga asing dan kru kekal dalam pesawat selepas rundingan dengan perampas berkenaan yang memaksa pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Larnaca di Cyprus.

Sumber Berita Harian

Pesawat EgyptAir Dirampas, Semua Penumpang Dibebaskan Kecuali 4 Warga Asing Dan Kru! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.