Thursday, March 24, 2016

Perkahwinan Dengan Lelaki Berumur Jadi Bahan Jenaka, Remaja Ini Bidas Kritikan Netizen... Fuhh Makan Dalam Beb!!

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial dengan beberapa gambar yang tersebar menunjukkan seorang remja berumur 18 tahun telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 62 tahun


Gambar-gambar tersebut tersebar luas di media sosial dan dikongsikan oleh netizen melalui pelbagai kapsyen yang rata-ratanya menjadikan perkahwinan remaja itu dengan lelaki pilihannya sebagai lawak jenaka.

Ada yang mengatakan bagai anak dan ayah, ada mengatakan tidak patut berkahwin di mana sesuai untuknya dan tidak kurang melahirkan rasa cemburu dengan pasangan berkenaan.

Perkahwinan Dengan Lelaki Berumur Jadi Bahan Jenaka, Remaja Ini Bidas Kritikan Netizen... Fuhh Makan Dalam Beb!!

Hati mana yang tidak terasa jika orang lain mengejek kita seperti maruah dipijak-pijak! Sebagai manusia yang diciptakan punya ada perasaan pastinya pengantin tersebut berkecil hati apabila melihat gambar-gambar berkenaan menjadi bahan lawak jenaka orang ramai ditambah pula di media sosial. Tempat umum!

Menyedari gambar itu menjadi viral, pengantin perempuan bernama Nur tampil meninggalkan komen di sebuah page Facebook yang turut menyiarkan gambar berkenaan.
"Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua?, perkahwinan saya adalah perkahwinan yang sah, bukannya buncit(hamil) dahulu baru berkahwin," soal Nasirah kepada netizen.
Menurut beliau lagi, sebelum ini dia hanya mendiamkan diri. Gambar-gambar itu turut disebarkan di dalam Instagram, tetapi tidak mahu cepat melatah. Namun tahap kesabarannya hilang setelah semakin ramai yang bercerita mengenai perkahwinannya.
"Tapi ramai yang 'up'kan pasal saya sehingga hilang rasa sabar, kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih," tulis Nasirah lagi.
Perkahwinan Dengan Lelaki Berumur Jadi Bahan Jenaka, Remaja Ini Bidas Kritikan Netizen... Fuhh Makan Dalam Beb!!

Disebalik itu, terdapat juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.
"Jangan rasa macamtu adik, saya gembir, Wallahi,,Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab 'rare' jer, Dalam Jannah, takde beza umur dah, semua sebaya," kata Faten Nasyrah Zulkifli.
"Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan, bagus adik akwin awal, akak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya? tengok je lah nanti," kata Aliah Amanee.
Sudah jodohnya dengan lelaki itu. Siapa kita nak pertikai bagai? Adalah lebih baik mendoakan yang baik-baik sahaja. Semoga pasangan En Ismail Lambak dan Nur Nasirah Nazri ini berbahagia hingga ke Jannah! 

Perkahwinan Dengan Lelaki Berumur Jadi Bahan Jenaka, Remaja Ini Bidas Kritikan Netizen... Fuhh Makan Dalam Beb!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.