Wednesday, March 2, 2016

Pengakuan Mengejutkan Datuk Aliff Syukri Buat Pasukan Bola Sepak Kedah Perlu Anda Tahu!

Pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman membayangkan Kedah akan menjadi pasukan tajaan pertamanya dalam arena bola sepak sekiranya mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).


Pengakuan Mengejutkan Datuk Aliff Syukri Buat Pasukan Bola Sepak Kedah Perlu Anda Tahu!

Mendapat undangan menyaksikan perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi yang menyaksikan Kedah menang 2-1 ke atas Kelantan, Aliff Syukri nyata teruja dengan semangat perpaduan penyokong setia Hijau Kuning.

Pengakuan Mengejutkan Datuk Aliff Syukri Buat Pasukan Bola Sepak Kedah Perlu Anda Tahu!

Terpikat dengan suasana itu, beliau mengesahkan kini 99.9 peratus mahu menaja juara Liga Perdana 2015 dan sedang mencapai kata sepakat dalam masa terdekat bersama KFA.
“Saya melihat sendiri permainan Kedah dan memang bukan indah dari rupa malah mereka juga mempunyai sejarah yang hebat sukan bola sepak.
“Sebelum ini, saya sudah membuat rundingan dengan Kedah namun disebabkan sedikit konflik politik ia merencatkan perbincangan.
"Namun bagi saya setakat ini pasukan ini adalah yang terbaik dan proses perbincangan masih lagi sedang dilakukan, hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk mencapai persetujuan,” katanya selepas ditemui selepas perlawanan, semalam.
Aliff Syukri yang terkenal dengan slogan Terlajak Laris sebelum ini mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi membincangkan mengenai penajaan untuk Lang Merah.

Pengakuan Mengejutkan Datuk Aliff Syukri Buat Pasukan Bola Sepak Kedah Perlu Anda Tahu!

Bagaimanapun, untuk perkembangan terkini beliau mengesahkan sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bagi menghangatkan lagi suasana sokongan kepada bekas juara berganda 2007 dan 2008 itu.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Pengakuan Mengejutkan Datuk Aliff Syukri Buat Pasukan Bola Sepak Kedah Perlu Anda Tahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.