Wednesday, March 30, 2016

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Emma Akma Kongsi Kisah Kehidupan Selepas Diceraikan Suami... MENGEJUTKAN!

Baru-baru ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Emma Akma, 47, dan bekas suaminya Omar Ramli, 48, dengan talak satu selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu telah bercerai talak secara fasakh pada 14 Januari lalu. Apa yang menyedihkan perkahwinan yang dibina itu ada tujuan tertentu oleh suaminya iaitu mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula.

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Emma Akma Kongsi Kisah Kehidupan Selepas Diceraikan Suami... MENGEJUTKAN!


Kini Selepas bercerai Emma mendedahkan bekas suaminya itu menyatakan hasrat untuk kembali berbaik semula dengan dirinya.

Menurut Emma Akma, sejak mereka berpisah bekas suaminya itu sering menghubunginya selain menghantar mesej di Whatsapp untuk memujuknya namun dia menolak secara baik.
"Sejak kami bercerai dia sentiasa menelefon dan menghantar mesej untuk memujuk saya kembali kepadanya kerana masih sayangkan saya.
"Dia juga ada menyatakan rasa kekesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini tetapi rasanya cukuplah apa yang terjadi sebelum ini," kata Emma.
PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Emma Akma Kongsi Kisah Kehidupan Selepas Diceraikan Suami... MENGEJUTKAN!

Terdahulu, Emma memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap  pada Ogos tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dekat sini.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Jun tahun lalu bagi memenuhi permintaan anak angkatnya Dayang Izzati, 11 tahun yang juga anak kandung kepada Omar.

Emma dalam pada itu berkata penceraian yang terjadi memberi impak yang mendalam terhadap dirinya namun enggan mengenang kisah lalu. Sebaliknya sudah memaafkan bekas suaminya itu.
"Saya sudah reda dan maafkan segala perbuatannya kepada saya dan selebihnya itu di antara dia dengan Allah.
"Biarpun masih trauma dengan apa yang telah terjadi saya ambil keputusan untuk teruskan hidup dan berharap Omar juga dapat buat perkara sama," katanya.
PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Emma Akma Kongsi Kisah Kehidupan Selepas Diceraikan Suami... MENGEJUTKAN!

Sementara itu, Emma berkata, anak angkatnya masih tidak dapat menerima kenyataan terhadap sikap bapa sendiri terhadap dirinya sehinggakan kanak-kanak itu enggan bertemu dengan Omar.

Bagaimanapun kata Emma, biarpun dia telah menjaga Izzati sejak kecil namun dia tidak berhasrat untuk memutuskan hubungan di antara anak dengan bapa.
"Saya memang tidak akan berjumpa dengannya lagi tetapi Izzati masih anaknya. Saya tidak akan pernah memutuskan hubungan mereka kerana selama ini anak saya tahu siapa keluarga sebenarnya dan sering berjumpa.
"Buat masa ini dia sangat marah dengan sikap bapanya dan enggan berjumpa dengan Omar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain pula, kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Satu Cinta untuk siaran pada bulan Ramadan nanti di TV1.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Emma Akma Kongsi Kisah Kehidupan Selepas Diceraikan Suami... MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.