Wednesday, March 23, 2016

PANAS! Punca Sebenar Tindakan Berani Mati Tun M, Khairuddin, Anina Saman Najib Terbongkar

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara.

Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Haniff Khatri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

PANAS! Punca Sebenar Tindakan Berani Mati Tun M, Khairuddin, Anina Saman Najib Terbongkar

Menerusi penyata tuntutan, Mahathir, Khairuddin dan Anina masing-masing selaku plaintif pertama hingga ketiga mendakwa defendan, Najib  dengan sengaja menganggu siasatan terhadap dakwaan kewangan berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat- syarikat  berkaitan.

Plaintif-plaintif  mendakwa Najib menggunakan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan salah laku berkenaan.

Sumber Sinar Harian

PANAS! Punca Sebenar Tindakan Berani Mati Tun M, Khairuddin, Anina Saman Najib Terbongkar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.