Sunday, March 27, 2016

PANAS! Perkahwinan Dengan Gadis 18 Tahun Dipertikai, Kali Ini Giliran Suami Pula 'Buka Mulut'

Sejak minggu lalu tersebar beberapa keping gambar seorang warga emas berusia 62 tahun yang mengahwini seorang gadis muda berusia 18 tahun menyebabkan kisah kedua pasangan itu hebat diperkatakan dalam kalangan netizen di media sosial.

Menyedari isu ini mendapat pelbagai reaksi berbaur dalam kalangan netizen, usaha menjejaki pasangan ini yang tinggal di sekitar Paka, Terengganu dijalankan dan berjaya menemu bual pengantin lelaki yang dikenali sebagai Ismail atau nama mesra Pok Well.

PANAS! Perkahwinan Dengan Gadis 18 Tahun Dipertikai, Kali Ini Giliran Suami Pula 'Buka Mulut'

Jika dahulu isterinya tampil membidas tohmahan yang dilemparkan menerusi Perkahwinan Dengan Lelaki Berumur Jadi Bahan Jenaka, Remaja Ini Bidas Kritikan Netizen... Fuhh Makan Dalam Beb!! kini giliran Pok Well pula buka mulut berhubung perkara itu.

Menurut Pok Well, dia sudah menjangkakan tanggapan masyarakat terhadap perkahwinan mereka, maka dia mengambil keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan dimana hanya melibatkan ahli keluarga tetapi tidak menyangka ada pihak telah menyebarkan gambar perkahwinan mereka di laman sosial.
“Saya kahwin minggu lepas, cuma buat majlis untuk keluarga terdekat saja. Bukan nak rahsiakan, tapi sudah jangka apa akan jadi kalau buat majlis besar.
“Tapi, gambar kahwin kami tetap tersebar di Facebook. Saya tak baca sebab tak ada akaun, kawan dan keluarga yang beritahu.
“Mereka mungkin sebarkan untuk maksud positif tetapi jadi negatif bila ada yang berniat tak baik,” katanya.
Artikel menarik:- Remaja Kahwin Lelaki Tua Jadi Viral, Nasihat Brother Ini Buat Pengkritik FB Tersentap!!

PANAS! Perkahwinan Dengan Gadis 18 Tahun Dipertikai, Kali Ini Giliran Suami Pula 'Buka Mulut'

Menurutnya lagi, meskipun perkahwinan yang dibinanya itu menjadi buah mulut ramai tetapi ia tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.
“Saya macam biasa, malas nak ambil tahu apa orang cakap. Mungkin mereka tak ada kerja dan suka buang masa dengan kisah orang lain.
“Bukan hal saya saja, kisah orang lain pun mereka bercakap juga dan saya sudah lali sikap masyarakat yang suka mencari kesempatan menjadikan kisah orang lain sebagai bahan bersembang."
“Kita tak tahu maksud sebenar mereka yang menyebarkan berita dan kadang-kadang ditokok tambah menjadi fitnah.
“Semua itu tak datangkan kerugian kepada saya sebab saya bukan orang terkenal, bukan ahli politik. Benda-benda seperti ini tak boleh disekat, mereka bebas beri pendapat,” katanya.
Ditanya mengenai kisah perkenalan dengan isterinya sehingga ke jinjang pelamin, lelaki berkenaan agak keberatan untuk bercerita lanjut kerana bimbang menimbulkan pemikiran negatif pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya sudah mengenali isteri agak lama tetapi baharu sekarang sampai jodoh.
“Saya sudah menduda 10 tahun dan semua berlaku ketentuan ALLAH,” katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1)  Kisah Benar! Gadis Bunuh Diri Selepas Tunai Solat Yang Wajib Ibu Bapa Baca. Nauzubillah Min Zalik...!!!

2) (VIDEO) Masih Ingatkah Remaja Putus 2 Kaki Akibat Digilis Lori? Inilah Yang Terjadi Kepada Beliau Kini!

3) MASYAALLAH!! Kisah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Dan Budak Punk Ini Sangat Menginsafkan - THIS IS KELANTAN

4) Kisah Sedih Disebalik Gambar Si Comel Ini Yang Menyentuh Hati!!

4) Isteri Baca Whatsapp Suami Dengan Bekas Kekasih, Tapi Cara Suaminya Balas Memang Win!!

PANAS! Perkahwinan Dengan Gadis 18 Tahun Dipertikai, Kali Ini Giliran Suami Pula 'Buka Mulut' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.