Monday, March 21, 2016

Pakar Astronomi Sifatkan Telur Berdiri Kesan Gerhana Matahari Separa Adalah MENGARUT!

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Mengarut! Demikian kata seorang pakar astronomi ketika mengulas mengenai kejadian telur berdiri kesan kejadian gerhana baru-baru ini.

Menurut Prof Dr Mahamarowi Omar, telur sememangnya boleh berdiri jika diletak dengan baik dan seimbang.


Prof Dr Mahamarowi Omar dalam pada itu menyifatkan apa yang diviralkan sebelum ini mengarut kerana gerhana yang berlaku tidak begitu mempengaruhi kedudukan telur berikutan tarikan graviti ketika itu juga sangat kecil.
“Tak ada (kaitan telur berdiri kerana gerhana), mengarut. Sebenarnya kalau ambil telur sekarang ini kalau pandai letak pun ia akan berdiri jika kedudukannya diseimbangkan.
“Memang sukar untuk menyeimbangkannya, tetapi tidak ada asas saintifik untuk mengaitkan kedudukan telur itu dengan gerhana kerana kesan gravitinya sangat kecil, tidak memadai untuk ia berdiri,” katanya.
Pakar Astronomi Sifatkan Telur Berdiri Kesan Gerhana Matahari Separa Adalah MENGARUT!

Mahamarowi ditemui media ketika menghadiri Program Meneroka Keajaiban Cakerawala di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin ‘Aishah Puteri (SMATAAP) di sini, semalam.

Menurutnya, fenomena dan kepercayaan itu timbul berikutan eksperimen hanya dilakukan ketika gerhana dan tidak dibuat pada hari- hari biasa.

Dalam pada itu, Mahamarowi yang juga bekas pakar bius Hospital Sains Universiti Malaysia (HUSM) turut menolak dakwaan mengaitkan cuaca panas yang berlaku akhir-akhir ini adalah kesan gerhana matahari separa yang berlaku 9 Mac lalu.
“Gerhana tak ada kaitan dengan ekuinoks atau El Nino, terlalu banyak benda-benda mengarut seperti ini diviralkan,” katanya.
Pakar Astronomi Sifatkan Telur Berdiri Kesan Gerhana Matahari Separa Adalah MENGARUT!

Dalam pada itu, dari perspektif Islam pula, Mahamarowi berkata, umat Islam digalakkan melihat fenomena gerhana untuk menginsafkan diri dan sentiasa mengingat ALLAH selain menghilangkan kepercayaan karut.

Menurut doktor pakar bius di Kota Bharu Medical Centre ini lagi, pakar astronomi terlebih dahulu mengetahui tentang gerhana yang akan berlaku berdasarkan pengiraan yang dijalankan.
“Terdapat pelbagai jenis gerhana dan mengikut pengiraan pakar astronomi, gerhana cincin akan berlaku pada 2019 di Sarawak, manakala di Kota Bharu dan Terengganu pada 2031,” katanya.
Sumber Sinar Harian 

Pakar Astronomi Sifatkan Telur Berdiri Kesan Gerhana Matahari Separa Adalah MENGARUT! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.