Thursday, March 3, 2016

Muhyiddin Yassin Bidas Tuduhan Wujud Komplot Jatuhkan PM Najib!

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tuduhan wujudnya konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya sebelum ini untuk mengesahkan ada menerima penerangan perkembangan kes siasatan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.


Beliau turut menafikan mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Gani.
"Saya nak jelaskan hubungan saya dengan peguam negara ini (Abdul Gani)...sewaktu saya dalam kerajaan...biasa...kerana beliau hadir dalam banyak mesyuarat yang saya pengerusikan.
"Peguam negara saya rujuk jika ada kes undang-undang dan akta yang saya nak bincangkan, juga hal yang berkaitan 1MDB. Sama ada apa yang kita bincangkan di Kabinet itu betul atau tidak. Perkara yang saya lakukan itu biasa," katanya kepada sidang media di sini, hari ini.
Muhyiddin Yassin Bidas Tuduhan Wujud Komplot Jatuhkan PM Najib!

Terdahulu, Muhyiddin mendedahkan, beliau telah diberitahu oleh Abdul Ghani termasuk dikemukakan keterangan wujudnya perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh Najib mengenai isu pendeposit wang SRC International tersebut ke akaun peribadi Perdana Menteri itu berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman mendakwa wujudnya konspirasi dan tindakan peguam negara itu yang secara peribadi memberi taklimat serta berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli Umno jelas mempunyai kepentingan juga tidak beretika.

Namun, menurut Muhyiddin, sebagai timbalan perdana menteri ketika itu, beliau berhak mengetahui perkembangan apa-apa kes terutama yang boleh menjejaskan peruntukan kerajaan.
"Sebab itu jika beliau (Abdul Gani) memaklumkan perkembangan isu 1MDB dan SRC International itu, satu perkara yang wajar. Bukan kerana nak berkonspirasi.
"Kuasa pendakwaan di tangan peguam negara, bukan saya. Kalau pendakwaan ke atas PM itu dikatakan satu konspirasi, ini bermakna PM kita ini tidak boleh didakwa di mana-mana undang-undang sekalipun. Apakah PM kita ini ada imuniti hingga tak boleh didakwa?" katanya.
 Muhyiddin Yassin Bidas Tuduhan Wujud Komplot Jatuhkan PM Najib! Publish

Ketika ditanya tentang bukti yang dikemukakan kepadanya oleh Abdul Ghani, Muhyiddin menegaskan beliau tidak ditunjukkan bukti sebaliknya hanya dimaklumkan.

Beliau juga menafikan mempunyai pengetahuan mengenai kemungkinan peguam negara telah menyediakan kertas pendakwaan terhadap Najib.

Sumber Sinar Harian

Muhyiddin Yassin Bidas Tuduhan Wujud Komplot Jatuhkan PM Najib! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.