Thursday, March 24, 2016

Mira Filzah Dedah Cuba Dipinang Seseorang

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Mira Filzah. Namanya semakin mekar di bibir peminat ditambah pula mempunyai perwatakan yang menarik secara tidak langsung menjadi tarikan ramai peminat.



Dek kerana itu, ramai yang cuba memikat si cantik berhijab manis ini sehinggakan ada dalam kalangan peminat di laman media sosial Instagram ingin masuk meminang Mira Filzah secara serius.
“Ada yang cuba mengurat tapi dalam emel pun ada. Sehinggakan ada yang betul-betul nak meminang secara serius dengan siap bagi resume tunjukkan dia kerja apa semua itu. Tetapi saya anggap perkara ini biasa, mungkin kita dikenali”
“Buat masa ini tidak ada masa untuk bercinta lagi kerana saya cukup sibuk dengan kerja. Jadi biarlah saya fokus pada kerjaya dahulu,” jelas pelakon yang berusia 23 tahun ini,” katanya yang ditemui di Majlis Pengumuman Finalis Anugerah Bintang Popular 29 (ABPBH 29).

Sementara itu, di majlis tersebut Mira Filzah turut tercalon sebagai finalis top 5 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular. Bagaimanapun, ujar pelakon Cinta Si Wedding Planner ini dia tidak meletakkan apa-apa harapan kerana tercalon pun sudah memadai bagi dirinya.


LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Mira Filzah Dedah Cuba Dipinang Seseorang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.