Thursday, March 24, 2016

Mira Filzah Beri 'Amaran Keras' Terhadap Individu Buka Akaun Palsu Miliknya!

Tidak dapat dinafikan dalam dunia yang semakin canggih, ramai yang telah menyalahgunakan teknologi yang diberikan. Malah ada yang sanggup membuka akaun palsu atas nama seseorang atas tujuan yang pelbagai.


Ramai juga dalam kalangan artis yang menerima nasib apabila ada individu yang telah membuka akaun palsu atas nama mereka untuk kepentingan diri. Mira Filzah yang menjadi salah seorang mangsa tampil memberi amaran keras kepada mana-mana individu agar tidak menyamar dengan membuka akaun Instagram atas namanya bertujuan untuk meraih pendapatan dengan cara yang menipu.

Mira Filzah Beri 'Amaran Keras' Terhadap Individu Buka Akaun Palsu Miliknya!

Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amira Filzah Badiozaman, 23, tindakan tersebut adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dimana secara tidak langsung ia memberi kesan terhadap reputasinya yang baru kini menapak dalam industri hiburan tanah air.

Mira Filzah pada mulanya enggan ambil peduli akan hal itu namun selepas memikirkan individu tidak bertanggungjawab itu meraih pendapatan dengan cara yang tidak betul menyebabkan dia terpaksa tampil buka mulut.
"Ia mungkin perkara biasa dilalui bagi seseorang artis apalagi yang baru nak mencipta nama seperti saya. Awalnya saya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana tidak mahu disifatkan mudah melatah.
"Namun selepas memikirkan ada individu yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan dengan membuka akaun menggunakan nama saya di Instagram, ia saya kira sudah melampau," kata Mira Filzah.
Mira Filzah Beri 'Amaran Keras' Terhadap Individu Buka Akaun Palsu Atas Nama Miliknya!

Tambah Mira Filzah, meraih keuntungan yang dimaksudkannya apabila mereka cuba membuka ruang iklan (page review) untuk dipaparkan di laman Instagram tersebut secara berbayar tetapi pada waktu yang sama cuba menjual namanya dengan mewujudkan akaun palsu.

Sehubungan itu dia tidak mahu masyarakat khususnya peminat tertipu sehingga sanggup melaburkan wang pada pihak yang salah kerana ia akan memberi impak negatif terhadap namanya.

Mira Filzah berkata, dia tidak memerlukan sesiapa untuk mengendalikan akaun Instagram miliknya kerana adalah lebih baik dia sendiri berinteraksi dengan peminat.Sehubungan itu dia turut berpesan kepada individu yang masih menggunakan namanya bagi meraih keuntungan agar berhenti berbuat demikian.
"Ingin saya tegaskan di sini, saya hanya ada satu sahaja laman Instagram iaitu MFMIRAFILZAH yang mana akaun ini memang saya yang uruskan sendiri. Jadi kalau ada ternampak mana-mana page ataupun akaun lain yang menggunakan nama saya, sila abaikan," katanya.
Mira Filzah Beri 'Amaran Keras' Terhadap Individu Buka Akaun Palsu Atas Nama Miliknya!

Mira juga meminta agar peminat tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menggunakan namanya bagi tujuan tersebut.
"Saya bukannya sudah mati tetapi masih hidup untuk menguruskan akaun Instagram saya. Jadi tidak perlulah ada dua atau tiga Mira Filzah untuk kendalikan akaun itu," tegasnya.
Dalam pada itu Mira Filzah antara artis yang tercalon untuk Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bagi kategori Aktres Terbaik Pilihan Online.

Mira Filzah Beri 'Amaran Keras' Terhadap Individu Buka Akaun Palsu Atas Nama Miliknya!

APO2016 akan berlangsung pada 30 April depan di TV2 bertemakan Glam Digital.

Mira Filzah Beri 'Amaran Keras' Terhadap Individu Buka Akaun Palsu Miliknya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.