Wednesday, March 30, 2016

Mangsa Lecur kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Terima Ganti Rugi RM403,018.74

Kota Bharu: Sebuah tadika diperintah membayar ganti rugi RM403,018.74 kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas didakwa cuai sehingga mangsa melecur di beberapa bahagian anggota badan akibat terkena kuah tomyam di Mahkamah Sesyen di sini semalam.


Hakim Adli Abd Ghalib membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan Nur Airish Daniesya Norizal.

Mangsa Lecur kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Terima Ganti Rugi RM403,018.74

Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi khas RM83,018.74, ganti rugi am RM220,000 dan ganti rugi teladan RM100,000.

Pada 3 Disember 2014, plaintif melalui ibunya Nur Ashikin Md Ariffin memfailkan saman menuntut ganti rugi RM500,000 terhadap tadika berkenaan menerusi Tetuan Rozma Baharin & Coselepas didakwa cuai sehingga plaintif yang ketika itu berusia tiga tahun mengalami kecederan dan menanggung kesakitan berpanjangan.

Dalam penyataan tuntutan itu, pada 10.13 pagi, 25 Ogos 2014, ibu kandung plaintif menerima panggilan daripada defendan mengatakan plaintif berada di Kota Bharu Medical Centre (KBMC).

Ibu plaintif mendapati hampir keseluruhan tubuh plaintif cedera dan melecur akibat terkena sesuatu sebelum dia dimaklumkan oleh kakitangan tadika defendan bahawa plaintif terkena kuah masakan panas.

Sumber Harian Metro

Mangsa Lecur kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Terima Ganti Rugi RM403,018.74 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.