Tuesday, March 29, 2016

Lepas Aksi Pecah Tembikai, Raja Bomoh Mahu Usir 'Makhluk Halus' Di Banglo LGE!

Baru-baru ini kecoh mengenai lelaki yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia telah melakukan satu upacara pecah tembikai bagi memohon cuaca panas dikurangkan sekaligus mengundang kritikan daripada masyarakat.


Meskipun begitu lelaki yang dikenali sebagai Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin nampaknya tidak mempedulikan kritikan yang dilemparkan terhadap beliau.

Lepas Aksi Pecah Tembikai, Raja Bomoh Mahu Usir 'Makhluk Halus' Di Banglo LGE!

Selepas cuaca panas, Ibrahim kini ‘enterframe’ pula dalam isu terbaharu melibatkan politik Malaysia iaitu banglo Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang sedang hangat diperkatakan kerana dibeli dengan harga jauh lebih murah daripada harga semasa.

Lepas Aksi Pecah Tembikai, Raja Bomoh Mahu Usir 'Makhluk Halus' Di Banglo LGE!

Perkara tersebut telah menarik minatnya apabila seorang anak muridnya menceritakan tentang banglo itu yang dikatakan antara alasan dijual murah kerana 'berhantu' maka dia berminat untuk ke sana bagi mengusir makhluk tersebut.

Ibrahim dilaporkan memberitahu portal Suara TV, bahawa dia akan mengadakan satu upacara khas bersama anak-anak muridnya bagi menghalau makhluk halus di depan banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam masa terdekat.

Banglo berkenaan, mencetus kontroversi apabila Lim didedahkan membelinya pada harga cuma RM2.8 juta meskipun harga pasaran mencecah lebih RM6 juta.

Susulan perhatian masyarakat terhadap isu berkenaan Ahli Parlimen DAP Teresa Kok turut memberi komen peribadinya bagi membela Lim, antaranya mendakwa banglo itu mempunyai ‘feng sui’ tidak baik selain ianya dijual pada harga ‘kawan-kawan’ kerana hubungan rapat antara pemilik asalnya dengan Lim.

Lepas Aksi Pecah Tembikai, Raja Bomoh Mahu Usir 'Makhluk Halus' Di Banglo LGE! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.