Monday, March 28, 2016

Lagi Serangan Bom! Pengebom Berani Mati Letup Diri Di Taman Riadah Lahore

LAHORE: Sekurang-kurangnya 65 maut manakala beratus lagi cedera yang kebanyakannya kanak-kanak apabila pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah taman taman riadah yang dipenuhi orang ramai di ibu negara Lahore.

Kejadian itu ketika penduduk Kristian meraikan sambutan Hari Easter yang menyaksikan orang ramai beriadah ketika hujung minggu.


Pegawai kerajaan berkata, pengebom melepaskan bom yang dipenuhi bebola besi berdekatan tampat permainan kanak-kanak di taman riadah popular, Gulshan-i-Iqbal.

Lagi Serangan Bom! Pengebom Berani Mati Letup Diri Di Taman Riadah Lahore

Saksi memberitahu, mereka mendengar kanak-kanak menjerit dengan orang ramai memapah mereka yang cedera manakala ahli keluarga mencari-cari mereka yang terselamat di taman riadah yang terletak di tengah ibu kota berkenaan.

Doktor menyifatkan keadaan di hospital amat menyedihkan dengan kakitangan hospital merawat mereka yang cedera yang diletakkan di lantai dan anjung hospital dengan pengurusan hospital mengeluarkan posting di Twitter memerlukan bekalan segera darah.
"Ia satu serangan berani mati. Pengebom memasuki kawasan taman riadan dan meletupkan dirinya berhampiran kanak-kanak yang sedang bermain buaian," kata jurucakap kerajaan, Muhammad Usman.
Penduduk berhampiran, Javed Ali, 35, berkata letupan itu menyebabkan tingkap rumahnya berkecai.
"Selepas 10 minit kemudian saya keluar dari rumah. Saya lihat cebisan daging manusia berselerakan di dinding rumah. Orang ramai menangis dan saya dengar siren ambulans," katanya.
"Ramai yang datang kerana Easter dan ramai penduduk Kristian di sana. Ia sangat sesak dan saya memberitahu keluarga saya agar jangan pergi ke sana," katanya.
Sumber Berita Harian 

Lagi Serangan Bom! Pengebom Berani Mati Letup Diri Di Taman Riadah Lahore Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.