Saturday, March 19, 2016

Lagi Kes Pesawat Terhempas, Kesemua Penumpang Dan Anak Kapal Meninggal Dunia!

ROSTOV-ON-DON-RUSIA- Sebuah pesawat Flydubai, FZ981 dilaporkan terhempas di Selatan Rusia Rostov-On-Don dan dipercayai mengorbankan kesemua  59 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu  dilaporkan dalam penerbangan dari Dubai ke Rostov-On-Don dan dipercayai terhempas ketika hendak melakukan pendaratan di lapangan terbang Rostov-On-Don.

RT.News  melaporkan bahawa bahagian kawalan trafik udara dan perkhidmatan kecemasan tempatan telah mengesahkan bahawa pesawat Boeing 737-800 terhempas berhampiran landasan.
"Menurut data awal, Boeing 738 terhempas kerana jarak  penglihatan yang lemah, iaitu dalam jarak 50-100 meter ketika hampir mendarat ," kata sumber itu.
 Lagi Kes Pesawat Terhempas, Kesemua Penumpang Dan Anak Kapal Meninggal Dunia! Publish

Semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat itu terbunuh dalam kemalangan itu, menurut Kementerian Kecemasan serantau.

Sementara, menurut sumber LifeNews, pesawat itu gagal mendarat di pendekatan pertama dan terpaksa membuat pendaratan kedua.

Walau bagaimanapun, pada masa itu ekor pesawat  didakwa telah mencecah tanah.

Sumber Sinar Harian

Lagi Kes Pesawat Terhempas, Kesemua Penumpang Dan Anak Kapal Meninggal Dunia! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.