Monday, March 21, 2016

Komen Panas Faye Kusairi Isu Dituduh Orang Ketiga Elly Mazlein Dan Bekas Suami Bercerai!

Seperti Azmi Hatta yang mengambil keputusan untuk menjelaskan hal yang sebenar mengenai penceraian dengan Elly Mazlein, Faye Kusairi juga tampil menepis dakwaan yang dilemparkan. Faye Kusairi menyifatkan dakwaan dirinya menjadi punca perceraian antara penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dengan pengarah, Azmi Hatta, sebagai mengarut.


Komen Panas Faye Kusairi Isu Dituduh Orang Ketiga Elly Mazlein Dan Bekas Suami Bercerai!

Menurut Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awg Kusairi, 29, dia terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan sedangkan dirinya tidak begitu rapat dengan pasangan itu. Meskipun begitu dia cuba hadapi situasi tersebut dengan tenang dan tidak cepat melatah. 

Faye dalam pada itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan itu.
"Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga. 
"Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka," katanya yang dihubungi BH Online.
Komen Panas Faye Kusairi Isu Dituduh Orang Ketiga Elly Mazlein Dan Bekas Suami Bercerai!

Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan hari ini, Faye dikatakan menjalinkan hubungan dengan Azmi dan perkara itu dapat 'dihidu' oleh Elly. 

Dalam pada itu, Faye juga didakwa bercerita kepada beberapa pekerja belakang tabir dengan mengatakan Azmi dan Elly kononnya sudah bercerai pada Disember lalu.

Menurut laporan berkenaan, berikutan kejadian itu Elly tidak boleh memaafkan Azmi dan akibatnya, mereka memutuskan untuk bercerai. 

Komen Panas Faye Kusairi Isu Dituduh Orang Ketiga Elly Mazlein Dan Bekas Suami Bercerai!

Sementara itu, Faye berharap khabar angin tersebut tidak diperkatakan lagi kerana ia secara tidak langsung menimbulkan kesan kepada kerjayanya.
"Ini teater pertama saya, justeru saya perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persembahan ini. Apabila gosip ini muncul, ia membuatkan saya sedikit terganggu. Perkara ini tidak betul, jadi saya ambil pendekatan untuk bertenang saja," ujarnya.
Komen Panas Faye Kusairi Isu Dituduh Orang Ketiga Elly Mazlein Dan Bekas Suami Bercerai!

Perkara itu juga, menurutnya, membuatkan fikirannya terganggu, apatah lagi ketika ini beliau perlu memberikan fokus terhadap lakonan teater muzikal Hansel And Gretel, yang dipentaskan bermula hari ini sehingga Selasa depan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




Komen Panas Faye Kusairi Isu Dituduh Orang Ketiga Elly Mazlein Dan Bekas Suami Bercerai! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.