Sunday, March 27, 2016

Khalid Perjelas Punca Enggan Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid Amzah

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tampil menjelaskan isu sebenar kepada pihak media mengapa beliau enggan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah.


Ia susulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis lalu mendapati beliau bersalah kerana kemungkiran awam berhubung kematian remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh anggota polis, Koperal Jenain Subi enam tahun lalu.

Khalid Perjelas Punca Enggan Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid Amzah

Berikut ucapan Khalid menerusi program Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini, semalam.
"Saya mendapat banyak pertanyaan sama ada akan mohon maaf selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam buat keputusan terhadap kes sivil kematian Aminulrasyid. Saya tidak akan memohon maaf kerana kenyataan yang dibuat ketika itu adalah berdasarkan kepada fakta kes itu pada masa itu.
"Kalau mahkamah tidak membincangkan kewujudan dalam parang dalam kereta itu..itu bukan masalah saya. Tapi faktanya parang itu wujud dalam kereta itu dan kalau kita tengok rekod tengok pun, parang itu dihantar ke jabatan kimia untuk dibuat ujian. Tapi oleh kerana fakta parang tidak dibangkitkan semasa kes sivil itu..itu bukannya masalah saya,” katanya.
Khalid Perjelas Punca Enggan Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid Amzah

Beliau berkata, tidak timbul soalan untuk beliau minta maaf kerana didakwa berbohong atau sengaja buat kenyataan untuk lindungi anggota polis.
"Itu tak benar. Jadi, tiada sebab mohon maaf. Saya tidak berlagak sombong atau riak tapi saya berpegang pada fakta kes itu. Saya tak pernah sebut arwah menggunakan parang itu saya cuma kata parang ditemui dalam kenderaan itu.
"Jadi jangan ada orang cuba nak memusingkan dan mengolah cerita lain pula...saya beri amaran jika ada pihak lain buat cerita lain saya akan ambil tindakan kerana apa yang saya sebut semasa menjadi Ketua Polis Selangor adalah berdasarkan fakta,” katanya.
Khalid Perjelas Punca Enggan Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid Amzah

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Khalid Perjelas Punca Enggan Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid Amzah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.