Wednesday, March 30, 2016

Kes Murid Dipaksa Potong Lidah Sendiri, Ada Kisah Disebaliknya Berlaku Diluar Jangkaan!

Beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial dengan beberapa keping gambar dimuat naik menunjukkan Muhammad Alif Shukran Alia murid tahun dua yang didakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri.


Siasatan awal oleh pihak sekolah terhadap kes itu telah dibuat namun mendapati ada unsur-unsur meragukan mengenai kejadian tersebut.

Kes Murid Dipaksa Potong Lidah Sendiri, Ada Kisah Disebaliknya Berlaku Diluar Jangkaan!

Menurut Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, sehingga kini, sekolah terbabit masih gagal mengenal pasti sekumpulan murid lain yang memaksa Muhammad Alif Shukran berbuat demikian.
“Budak ini (Muhammad Alif Shukran) memang gunting (lidah) sendiri. Kawan (murid lain) sebelah beritahu sekolah. Cikgu (ada) dalam kelas, tiba-tiba budak ini menangis pukul 6 petang tapi tidak tahu dibuli atau tidak. 
“Sampai sekarang pihak sekolah tidak jumpa siapa pembuli. Kejadian pukul 6 petang. Ini laporan daripa­da sekolah kepada Jabatan Pendidikan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Dalam satu kejadian buli di sebuah sekolah rendah di sini yang disifatkan paling tragis pernah berlaku Khamis lalu, Muhammad Alif Shukran dipaksa memotong lidahnya sendiri. 

Dia mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama ketika waktu rehat. Akibat kejadian itu, lidahnya putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. 

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Muhammad Alif Shukran sengaja mengada-adakan cerita, Zainuren memberitahu, perkara itu masih dalam siasatan. 

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Kes Murid Dipaksa Potong Lidah Sendiri, Ada Kisah Disebaliknya Berlaku Diluar Jangkaan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.