Wednesday, March 30, 2016

Kes Atlet Seludup Keluar Wanita Warga Asing, KBS Tidak Akan Bertanggungjawab - Khairy

BUKIT JALIL: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan bertanggungjawab dalam kes seorang atlet negara yang didakwa menyeludup keluar seorang wanita Thailand petang semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kes tersebut tidak ada kena mengena dengan sukan dan atlet berkenaan perlu berdepan akibat daripada perbuatannya sendiri.

Khairy Jamaluddin turut meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menyiasat perkara berkenaan dengan Jabatan Imigresen.

Kes Atlet Seludup Keluar Wanita Warga Asing, KBS Tidak Akan Bertanggungjawab - Khairy

"Sekiranya dia melanggar undang-undang, dia perlu berhadapan dengan akibatnya. Saya ada meminta MSN menyemak di Imigresen mengenai apa yang berlaku, tetapi kita tidak boleh bertanggungjawab atas apa yang atlet kita lakukan melibatkan kehidupan peribadi mereka.
"Ia tidak ada kena mengena dengan dia bermain badminton untuk negara. Kalau dia telah melanggar undang-undang, dia kena berhadapan dengan akibatnya, tidak kira apa pun."
Khairy Jamaluddin berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama Universiti Antarabangsa (UNITAR) dan MSN, di sini, semalam.

Atlet berusia 28 tahun itu ditahan ketika memecut kereta Mercedes Benz ke arah negara jiran selepas gagal melepasi pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Isnin.

Menurut Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Abdul Rahim Hanaffi, atlet yang memandu dari Kuala Lumpur itu dikesan cuba menyeludup wanita warga Thailand berusia 25 tahun yang dipercayai teman wanitanya ke negara jiran menggunakan cop pas lawatan sosial palsu.

Sumber Astro Awani 

Kes Atlet Seludup Keluar Wanita Warga Asing, KBS Tidak Akan Bertanggungjawab - Khairy Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.