Tuesday, March 29, 2016

Kantoi! Atlet Negara Ditahan Cuba Seludup Keluar Wanita Warga Asing

BUKIT KAYU HITAM: Seorang atlet paralimpik badminton negara ditahan selepas cuba menyeludup keluar seorang wanita warga Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, petang semalam. 

Atlet berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang ketika memecut Mercedes Benz dipandunya ke arah negara jiran selepas gagal melepasi pemeriksaan Imigresen di kompleks terbabit.


Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Abdul Rahim Hanaffi, berkata atlet yang memandu dari Kuala Lumpur itu dikesan cuba menyeludup warga Thailand berusia 25 tahun yang dipercayai teman wanitanya ke negara jiran menggunakan cop pas lawatan sosial palsu dalam dokumen dimiliki.
"Lelaki terbabit diarah ke pejabat penyelia untuk pemeriksaan lanjut tetapi dia memecut kenderaan dipandu ke arah negara jiran.
"Bagaimanapun, pegawai imigresen dapat memintas kenderaan berkenaan di kawasan parkir Kompleks Bebas Cukai kira-kira 500 meter dari ICQS," katanya.
Kantoi! Atlet Negara Ditahan Cuba Seludup Keluar Wanita Warga Asing

Abdul Rahim berkata, lelaki itu mendakwa cop keselamatan palsu berkenaan diperoleh daripada seorang ejen tempatan di Kuala Lumpur pada harga RM500.

Katanya, ia bertujuan mengelak teman wanitanya ditahan kerana tinggal melebihi masa di negara ini. 
"Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 56(1)(g) Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan pendatang haram berada dalam kenderaan dan Seksyen 55E(1) akta sama kerana menghalang tugas anggota penguat kuasa sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 
"Wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 56(1)(l) akta sama kerana memiliki cop pas lawatan sosial palsu sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik untuk siasatan lanjut. 
"Kereta lelaki terbabit turut disita mengikut Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Sumber Berita Harian 

Kantoi! Atlet Negara Ditahan Cuba Seludup Keluar Wanita Warga Asing Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.