Wednesday, March 30, 2016

Inilah Respon Izreen Azminda Mengenai Dakwaan Jalin Hubungan Istimewa Dengan Redza Rosli!

Sebelum ini timbul desas desus mengatakan pelakon Izreen Azminda yang dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon baru iaitu Redza Rosli.

Seperti biasa, tak menjadi sesuatu yang pelik kerana sebelum ni pun Izreen Azminda pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon lelaki terkenal.


Inilah Respon Izreen Azminda Mengenai Dakwaan Jalin Hubungan Istimewa Dengan Redza Rosli!

Izreen bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya jelasnya mereka hanya kenalan rapat memandangkan pernah berlakon dalam drama bersiri Kak Mar baru-baru ini yang sudah melabuhkan tirai.
“Redza cuma kenalan saya sahaja. Kami pernah berlakon dalam drama bersiri Kak Mar, tetapi tiada babak pun yang menggandingkan kami bersama.Saya sendiri tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul. Saya kini bahagia dengan status solo dan gembira dengan kehidupan saya sekarang,” kata Redza.
Inilah Respon Izreen Azminda Mengenai Dakwaan Jalin Hubungan Istimewa Dengan Redza Rosli!

Mengakui rimas dengan gosip yang mengaitkan dirinya menjalinkan cinta lokasi dengan pelakon-pelakon lelaki lain, Izreen menganggap ramai pihak yang tidak mengetahui cerita sebenar.
"Saya sering dikatakan menjalin hubungan cinta lokasi. Sejujurnya, saya sendiri rasa tidak selesa dan rimas. Pastinya ada pihak yang tidak tahu mengenai keadaan sebenar dan cerita yang tidak betul pun timbul,"
Inilah Respon Izreen Azminda Mengenai Dakwaan Jalin Hubungan Istimewa Dengan Redza Rosli!

Untuk info, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pengarah yang juga bekas suaminya kini, Muhammad Riza Baharudin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Adrian Umar. Namun perkahwinan tersebut berakhir pada tahun 2014 apabila bekas suaminya melafazkan cerai di set penggambaran selepas berlakunya pertengkaran.

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 


Inilah Respon Izreen Azminda Mengenai Dakwaan Jalin Hubungan Istimewa Dengan Redza Rosli! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.