Tuesday, March 22, 2016

Gerhana Bulan Penumbra Berlaku Pada Malam 23 Mac 2016

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada Rabu ini (23 Mac). 


Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi. 
“Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan “Apogi” 77.5 peratus.
“Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum,” katanya. 
Gerhana Bulan Penumbra Berlaku Pada Malam 23 Mac 2016

Beliau berkata pihak ANGKASA; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.

Menurutnya ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. 

Sumber Astro Awani

Gerhana Bulan Penumbra Berlaku Pada Malam 23 Mac 2016 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.