Monday, March 14, 2016

Emma Maembong Jadi Pontianak Bertudung, Bakal Tampil Dalam Telefilem Terbaru!

Umum kita lihat kebiasaannya watak pontianak dalam program televisyen mahupun filem digambarkan wanita yang berambut menggerbang namun kali ini suasana yang cukup berbeza menerusi telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung.


Cuba melawan arus, karya bergenre komedi terbitan Zeel Production itu mencipta kelainan apabila menampilkan pontianak bertudung lakonan Emma Maembong.
"Dalam telefilem ini saya memegang watak sebagai Rose Kembang. Kisahnya bermula selepas dia perlu mencari darah manusia kerana bapanya (lakonan Rahmad Mega) sedang nazak. Syaratnya, Rose perlu mencari darah lelaki nakal.
"Demi meneruskan misi itu, Rose perlu turun ke alam manusia. Asalnya, dia mahu terbang ke Amsterdam, tetapi terjatuh di Kampung Keriang di Kedah," cerita Emma ketika dihubungi baru-baru ini.
Emma Maembong Jadi Pontianak Bertudung, Bakal Tampil Dalam Telefilem Terbaru!

Menurutnya lagi, di kampung berkenaan, dia ditemukan dengan lelaki yang sangat nakal bernama Yamin, lakonan Kamal Adli.
"Jadi, misi Rose untuk mencari darah lelaki nakal hampir kesampaian. Cuma yang merumitkan keadaan, Rose jatuh hati pula dengan Yamin," kata Emma yang juga kekasih Kamal di luar lokasi.
Emma Maembong Jadi Pontianak Bertudung, Bakal Tampil Dalam Telefilem Terbaru!

Katanya, kemunculan Rose si pontianak di kampung terbabit turut menimbulkan suasana huru-hara sehingga menyebabkan kematian ketua kampung.

Pontianak Sesat Dalam Kampung yang mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan adalah hasil arahan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta.

Emma Maembong Jadi Pontianak Bertudung, Bakal Tampil Dalam Telefilem Terbaru!

Penggambarannya diadakan di sekitar Sijangkang dan Klang, Selangor. Ia dijangka bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD pada awal April depan.

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 


Emma Maembong Jadi Pontianak Bertudung, Bakal Tampil Dalam Telefilem Terbaru! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.