Monday, March 28, 2016

Dikritik Gagal Patuhi Peraturan Perlawanan Bola Sepak PQPTRW, Dato Seri Vida Tampil Mohon Maaf!

Akibat daripada tindakan Dato Seri Vida yang gagal mematuhi ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan, beliau dikritik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Menyedari hal itu, Dato Seri Vida bagaimanapun tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. Tambah Dato Seri Vida lagi, dia tidak mengetahui akan perturan itu.
“Saya tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi."
Dikritik Gagal Patuhi Peraturan Perlawanan Bola Sepak PQPTRW, Dato Seri Vida Tampil Mohon Maaf!

Dua hari lalu, Kelmarin, Kevin menggariskan beberapa peraturan yang wajar dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

Menurut Kevin, Dr Vida perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.


Dikritik Gagal Patuhi Peraturan Perlawanan Bola Sepak PQPTRW, Dato Seri Vida Tampil Mohon Maaf!

Kata Kevin lagi, Dato Seri Vida tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi.

Malah, beliau juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.

Dikritik Gagal Patuhi Peraturan Perlawanan Bola Sepak PQPTRW, Dato Seri Vida Tampil Mohon Maaf!

Kevin menegaskan, Dato Seri Vida mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika terus melanggar peraturan.

Tambah Kevin lagi, Dato Seri Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.

Dikritik Gagal Patuhi Peraturan Perlawanan Bola Sepak PQPTRW, Dato Seri Vida Tampil Mohon Maaf! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.