Thursday, March 17, 2016

Dato Seri Vida NAFI Dakwaan Beli Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga M

Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan Dato Seri Vida bercadang untuk menaja Piala FA dan Piala Malaysia untuk mendapatkan hak siaran di TV3 sepanjang musim ini. Sekaligus merupakan satu berita gembira buat penyokong pasukan bola sepak Kelantan. 


Namun sangkaan itu meleset apabila Dato Seri Vida kini tampil memaklumkan tidak pernah membeli hak penyiaran siaran langsung melibatkan skuad itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. 

Dato Seri Vida NAFI Dakwaan Beli Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga M

Perkara itu dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Ismail Md. Noor dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Ismail berkata, penjelasan itu terpaksa dibuat setelah timbul salah faham bahawa pasukan bola sepak Kelantan membolot hak siaran langsung perlawanan pada musim ini.
“Kafa ingin menegaskan bahawa berita yang mengatakan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman melalui syarikatnya telah membeli hak penyiaran siaran langsung perlawanan melibatkan pasukan Kelantan adalah tidak benar. 
“Hak milik penyiaran untuk semua perlawanan bola sepak pertandingan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2016 adalah milik penuh Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP),” katanya. 
Ismail memberitahu, pihak FMLLP kemudian telah melantik Media Prima Berhad (Media Prima) sebagai penyiar rasmi selepas proses penilaian pembidaan dibuat pada awal tahun ini.

Dato Seri Vida NAFI Dakwaan Beli Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga M

Katanya, bagaimanapun syarikat milik jutawan kosmetik itu telah membeli slot iklan daripada Media Prima untuk membolehkan iklan produk-produk Vida Beauty disiarkan ketika siaran langsung perlawanan bola sepak diadakan.
“Saya ingin menjelaskan sekali lagi, Vida Beauty tidak ada hak ke atas semua penyiaran perlawanan bola sepak tersebut. Sebarang kenyataan lanjut berkaitan perkara ini hendaklah dihentikan dengan segera.
“Kafa berharap dengan penjelasan ini, persepsi salah mengenai penajaan dan hak siaran langsung ini terutama dalam kalangan peminat dan penyokong Kelantan dapat diperbetulkan,” katanya.
Dato Seri Vida NAFI Dakwaan Beli Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga M

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, penyokong Kelantan berpeluang menyaksikan setiap perlawanan pasukan kesayangan mereka dalam persaingan Liga Super dan Piala FA secara langsung di TV3 atau TV9.

Ini selepas penaja utama pasukan Dr. Hasmiza bersetuju untuk melabur RM3.8 juta untuk mendapatkan hak penyiaran di stesen te­levisyen Media Prima.

Dato Seri Vida NAFI Dakwaan Beli Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga M Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.