Sunday, March 13, 2016

Dato Seri Vida Dedah Identiti Pemilik 'Tangan Hitam' Cuba Campuri Pengurusan Skuad PQPTRW

Semalam ada dakwaan mengatakan ada tangan hitam mencampuri urusan pentadbiran pasukan sehingga mempengaruhi persembahan barisan pemain PQPTRW. Ekoran itu, Dato Seri Vida mahu menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan itu.


Terkini dalam kenyataan terbaru, Dato Seri Vida tampil mendedahkan identiti individu terbabit. 
"Saya kenal 'tangan hitam' itu."
Dato Seri Vida Dedah Identiti Pemilik 'Tangan Hitam' Cuba Campuri Pengurusan PQPTRW

Demikian ulas Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengenai dakwaan ada tangan hitam yang mencampuri isu pengurusan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Menurut Dato Seri Vida, individu tersebut bukan orang di dalam Kafa.
"Apa yang boleh saya katakan 'tangan hitam' itu bukan dalam kalangan Kafa," kata Dato Seri Vida.
Selain itu, menurut Dato Seri Vida isu 'tangan hitam' itu sudah lama membelenggu pasukan itu malah sebelum beliau menaja skuad Kijang.
"Sebenarnya masalah ini sudah lama berlaku. Beberapa pemain ada bertemu dengan saya dan memaklumkan mengenai perkara ini.
"Tapi saya tak sangka keadaan akan menjadi seteruk ini, sehingga ia mengganggu konsentrasi pemain. Jadi Kafa perlu tangani masalah ini dengan segera," katanya.
Meskipun mengenali individu itu, Vida mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan nama individu tersebut kerana bimbang ia akan menjejaskan 'rumah tangga' Kafa.
"Tak payahlah saya dedahkan, biarlah Kafa selesaikan dan siasat perkara ini," katanya.
Dato Seri Vida Dedah Identiti Pemilik 'Tangan Hitam' Cuba Campuri Pengurusan PQPTRW

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan wujud tangan hitam yang mencampuri urusan pentadbiran skuad Kijang itu.

Kewujudan individu tersebut menyebabkan pemain tidak selesa dan menjadi punca kepada persembahan hambar yang dipamerkan mereka sepanjang kempen Liga Malaysia musim ini.

Namun, pada malam Jumaat, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menafikan wujud 'tangan ghaib' tidak berkelayakan yang campur tangan operasi persatuan itu hingga menyebabkan prestasi pasukan hambar.

Annuar sebaliknya berkata, prestasi merudum pasukan hingga tersingkir daripada saingan merebut Piala FA adalah angkara pemain sendiri.

Katanya, jika benar wujud individu begitu, ia seharusnya dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi untuk dibincangkan, bukan menerusi media.

Dato Seri Vida Dedah Identiti Pemilik 'Tangan Hitam' Cuba Campuri Pengurusan Skuad PQPTRW Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.