Thursday, March 24, 2016

Dato Aliff Syukri Sudah Serik “Gedik Dan Gelenyar” Untuk Promosi Produk!

Siapa yang tidak kenal dengan tagline “Terlajak Laris” yang sering bermain di kaca televisyen dan di media-media sosial sehingga menjadi sebutan ikutan tidak kira lapisan masyarakat.


Sebut sahaja tagline berbunyi “Terlajak Laris” pastinya ramai yang megetahui siapakah pemiliknya malah sering bermain di kaca televisyen dan media-media sosial sehingga menjadi ikutan tidak kira lapisan masyarakat.

Dato Aliff Syukri Sudah Serik “Gedik Dan Gelenyar” Untuk Promosi Produk!

Tidak dapat dinafikan, pastinya tagline yang diketengahkan oleh jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk mempromosi produk keluaran syarikatnya iaitu D'herbs mungkin menjengkelkan sesetengah pihak, namun baginya itu hanya langkah promosi. 

Datuk Aliff bagaimanapun memaklumkan sudah tidak mahu menggunakan kaedah berkenaan memandangkan usianya yang hampir mencecah 30-an sebaliknya ingin menggunakan kaedah lain demi memperbaharui jenamanya itu dalam ingatan umum.
“Dari segi perniagaan, saya tidak lagi mahu tampil dengan gimik seperti dahulu kerana umur yang hampir mencecah 30-an.
“Sebaliknya, saya mahu tampil dengan gaya macho dan berpakaian korporat,” katanya.
Dato Aliff Syukri Sudah Serik “Gedik Dan Gelenyar” Untuk Promosi Produk!

Aliff berkata demikian ketika sidang media pelantikan penyanyi dangdut Amelina sebagai duta produk syarikatnya di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Menurut Datuk Aliff lagi, pada mulanya gimik tersebut menimbulkan rasa seronok namun lama-kelamaan ianya akan mengundang rasa malu.

Ini kerana sebagai seorang suami yang sudah mempunyai anak gimik seperti itu dianggap tidak sesuai, jika sebelum ini dia kelihatan seperti kanak-kanak, “gedik dan gelenyar” di hadapan kaca televisyen, semuanya dilakukan kerana bersebab.
“Sebenarnya di sebalik aksi seperti itu, saya sering memikirkan untuk melancarkan strategi baru di pasaran.
“Saya mahu nama produk saya menjadi gah di liga perniagaan.
“Saya tidak mahu hanya nampak seperti tin kosong, banyak cakap tetapi tidak laku,” katanya.
Dato Aliff Syukri Sudah Serik “Gedik Dan Gelenyar” Untuk Promosi Produk!

Dato Aliff Syukri Sudah Serik “Gedik Dan Gelenyar” Untuk Promosi Produk! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.