Wednesday, March 23, 2016

Cuaca Panas Melampau, Dua Kes Terbaru Strok Haba Dilapor Berlaku!

PUTRAJAYA: Setakat semalam, pihak Kementerian Kesihatan telah menerima  kira-kira 29 laporan masalah kesihatan yang melibatkan cuaca panas melampau termasuk dua kes terbaru strok haba, lapor Bernama.


Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, dua kes terbaru strok haba itu masing-masing dilaporkan berlaku di Kedah dan Perak di mana dengan kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan strok haba menjadi lima kes.

Cuaca Panas Melampau, Dua Kes Terbaru Strok Haba Dilapor Berlaku!

Katanya sebelum ini dua kes strok haba dilaporkan di Selangor manakala satu kes di Johor melibatkan kematian pesakit.
"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar mengelak melakukan aktiviti di luar bangunan dan aktiviti fizikal intensif terutamanya pada siang kerana kebanyakan kes strok haba dan keletihan strok berpunca daripada aktiviti fizikal intensif," katanya.
Pada minggu lepas, seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat telah menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat strok haba setelah pitam semasa menjalani latihan di trek padang tertutup. 

Cuaca Panas Melampau, Dua Kes Terbaru Strok Haba Dilapor Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.