Monday, March 28, 2016

Che Ta Kongsi Rahsia Kekal Cantik Menawan Yang Ramai Tidak Tahu!

Tidak dapat dinafikan kecantikan amat penting bagi seorang wanita dan pastinya setiap wanita miliki rahsia tersendiri untuk menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik! 

Che Ta Kongsi Rahsia Kekal Cantik Menawan Yang Ramai Tidak Tahu!


Begitu juga bagi Che Ta. Meskipun sudah berusia namun beliau dilihat sentiasa cantik di mata umum malah terkenal dengan bentuk badan bak anak dara. Untung suaminya Zain Saidin kan? Hikss!

Che Ta Kongsi Rahsia Kekal Cantik Menawan Yang Ramai Tidak Tahu!

Berkongsi rahsia tampak cantik, menurut Che Ta dia menempah baju mengikut ukuran kecil sesuai dengan bentuk badan yang dimilki.

Katanya, selepas memberi ukuran kepada pereka fesyen, menjadi motivasi dirinya mengurangkan berat badan seperti diidamkan.
“Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai”
“Lagipun, hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan. Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya,” kata Che Ta.
Che Ta Kongsi Rahsia Kekal Cantik Menawan Yang Ramai Tidak Tahu!

Turut mengamalkan penjagaan pemakanan, hakikatnya setiap hari Che Ta makan nasi, cuma bergantung kepada jumlah diambil. Kalau hari ini makan banyak, esoknya jumlah makanan diambil pasti dikurangkan.
“Ia bagi mengelakkan pengambilan berlebihan. Saya sangat menjaga pemakanan sepanjang dalam pantang selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana,” katanya.
Selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana, Che Ta akui melakukan kaedah berbengkung dan bertungku setiap hari untuk mengempiskan perut supaya dapat kembali langsing dan sehingga kini berat badannya hanya 50 kilogram!

Che Ta Kongsi Rahsia Kekal Cantik Menawan Yang Ramai Tidak Tahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.