Saturday, March 5, 2016

BACA! PBT Kelantan Keluar Undang-Undang Terbaru Buat Bukan Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib

KOTA BHARU: Pasangan remaja dan bukan muhrim yang membonceng motosikal di khalayak ramai di kawasan tertentu di negeri ini akan disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tindakan itu akan berkuat kuasa serta merta sebaik saja kajian mengenai oleh semua PBT di negeri ini selesai mengikut Undang-undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986. 


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata tindakan saman itu akan turut membabitkan remaja yang berkeliaran ketika waktu Maghrib di kawasan tertentu. 

BACA! PBT Kelantan Keluar Undang-Undang Terbaru Buat Bukan Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib

Katanya, ibu bapa juga diminta supaya memantau dan menasihati anak remaja mereka supaya tidak membonceng motosikal secara bebas dengan bukan muhrim kerana ia salah dalam Islam. 
"Tindakan itu (saman) sebahagian daripada langkah untuk membendung masalah sosial. Namun, sebelum tindakan saman dikuat kuasakan, semua pegawai penguat kuasa PBT diminta mula memberi nasihat kepada pasangan bukan muhrim yang membonceng motosikal di khalayak ramai. 
"Mereka perlu diberi nasihat secara berhemah untuk mengelakkan gejala sosial," katanya ketika ditemui di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, semalam. 
BACA! PBT Kelantan Keluar Undang-Undang Terbaru Buat Bukan Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib

Bagaimanapun, Ahmad berkata, dalam usaha menangani gejala sosial dan mengikut tuntutan Islam kepada umat Islam yang akan dilaksanakan oleh semua PBT di negeri ini, tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

Katanya, sebenarnya undang-undang yang bakal dikenakan itu adalah untuk mendidik golongan muda supaya lebih berdisiplin dan mematuhi tuntutan agama.

Sumber Berita Harian 

BACA! PBT Kelantan Keluar Undang-Undang Terbaru Buat Bukan Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.