Tuesday, March 15, 2016

Azwan Kombos Akui Hantar Rombongan Merisik Ezzaty

Pasangan ini agak lama senyap dari radar media hiburan walaupun pernah mencetuskan kontroversi gara gara bergaduh sehingga putus cinta hampir setahun yang lalu. Nampaknya jodoh mereka berdua masih kuat ditakdirkan.


Menurut Azwan, beliau telah menghantar rombongan ke rumah Ezzaty untuk merisiknya sebagai tanda serius dalam perhubungan mereka.
“Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bagaimana pun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti,” ujar Azwan Kombos.
Azwan Kombos Akui Hantar Rombongan Merisik Ezzaty

Meskipun begitu, kedua pasangan ini tidak mengikat tali pertunangan sehingga sebelum upacara akad nikah. Ini kerana atas permintaan dari pihak perempuan yang tidak mahu kisah lama berulang kembali sekiranya mereka bertunang.

Sementara itu mengenai tarikh perkahwinan pula, menurut Azwan Kombos kedua pihak telah bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan sekitar Disember akan datang.
“Saya berikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan beberapa manisan. Majlis berjalan mengikut adat seperti ada berbalas pantun, Keluarga kami juga bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan Insya-Allah sekitar bulan Disember nanti,” tambahnya.
Azwan Kombos Akui Hantar Rombongan Merisik Ezzaty

Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty. Semoga dipermudahkan segala urusan! 

Azwan Kombos Akui Hantar Rombongan Merisik Ezzaty Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.