Sunday, March 27, 2016

Azlina Aziz 'Kunci Mulut' Sudah Berpisah Dengan Suami

Penyanyi era 80-an, Azlina Aziz, 48, enggan mengulas desas-desus yang mengatakan dia telah berpisah dengan suaminya, komposer Azman Abu Hassan.

Azlina yang merupakan anak kepada seniwati Normadiah dan Aziz Jaafar memaklumkan kehidupannya kini baik dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
“Cukuplah saya katakan setakat ini kehidupan saya baik-baik sahaja. Tidak ada apa yang perlu diceritakan kepada masyarakat,” katanya.
Azlina Aziz 'Kunci Mulut' Sudah Berpisah Dengan Suami

Menganggap hal itu sebagai peribadi, penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Mu Di mana-Mana ini memaklumkan dia lebih selesa berdiam diri dan tidak mahu membahas soal itu apa lagi berkaitan dengan hal rumah tangga.


Ditanya adakah dia menafikan perkara itu, Azlina ringkas menjawab dia tidak menafikannya tetapi janganlah terus ditanya perkara tersebut.

Dia bagaimanapun agak terkejut dan bertanya bagaimana wartawan mengetahui perkara berkenaan.
"Saya tidak mahu perkara ini diperkatakan, biarlah saya simpan sahaja hal berkaitan rumah tangga sebagai sesuatu yang peribadi.
"Sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, lebih baik kita bercerita perkara yang baik-baik sahaja," pintanya.
Untuk info, Azlina Aziz dan Azman sah menjadi suami isteri pada tanggal 25 April 1992 namun sepanjang berkahwin, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Berita perpisahannya dengan suami sudah kedengaran beberapa bulan lalu tetapi berjaya disembunyikan oleh artis tersebut.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-




Azlina Aziz 'Kunci Mulut' Sudah Berpisah Dengan Suami Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.