Monday, March 7, 2016

Akhirnya... Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Terima Padah!

KUALA LUMPUR: Seorang ejen hartanah yang dilapor mencampak bayi perempuannya yang baru dilahirkan dari tingkat 18 sebuah flat bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh.


Tertuduh, Norazwani Mohd Nor, 38, hanya mengangguk sambil menjawab "saya faham" sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Akhirnya... Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Terima Padah!

Berdasarkan kertas pertuduhan, Norazwani didakwa membunuh seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan membaling mangsa dari tingkat 18 di Blok C, Flat Danau Kota, Jalan 3/23, Off Jalan Genting Klang Setapak, Wangsa Maju, pukul 8.11 pagi, 29 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Sumber Astro Awani

Akhirnya... Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 18 Terima Padah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.